Minggu ni bermulalah kemeriahan kat poli ni...maklumlah budak-budak baru masuk...Aku terlibat gak secara langsung. Kemeriahan ni sebenarnya bermula lama sebelum tu lagi... Kerja aku memerlukan aku membuat persediaan sebelum pendaftaran budak baru..Banyak gak masa aku spend tapi tak ape...Aku suka sangat kerja aku sekarang.. Walaupun letih tapi yang penting aku hepi. Bukannya aku tak pernah experience tugas sampingan lain tapi entahlah.. mungkin jiwa aku lebih kepada kerja ni.. Mungkin suatu hari nanti aku tak pegang lagi jawatan ini. Harap-harap bila time tu tiba aku dah bersedia...
Apapun sepanjang pemerhatian aku, proses pendaftaran kali ni bolehlah dikatakan baik. Maklumlah kali ni poli ambil student seramai 1218 orang( setakat hari ni). Mungkin ada sedikit kekurangan tapi aku fikir kekurangan ni dapat diatasi pada masa-masa akan datang. Minggu depan akan bermulalah kelas bagi semua budak-budak baru...
Pendaftaran ini tidak berakhir minggu ni kerana minggu depan akan ada lagi student baru mendaftar. Ini tak termasuk lagi student yang akan berhenti pengajian atas apa jua alasan. Walau apaun harapan aku cuma satu..melihat student-student baru ini berjaya sebaik mungkin sepanjang berada di sini. Di bahu mereka terletak harapan yang tinggi untuk meneruskan kesinambungan perjuangan bangsa dan negara.

1 comments:

pakcik ultroman said... July 13, 2009 at 4:51 PM  

cayok ler lan.. tahniah atas penghasilan blog ni ;).. arap lan sentiasa update utk berkongsi berita dgn kawan2.. pendaftaran aritu mmg berjalan lancar.. kesian lan penat kena uruskan mcam2 hal.. nasib baik lan minat dgn kerja ni :).. lain kali mintak tolong ler dgn ajk2 lan yg lain.. semoga student baru jabatan kita tahun nie bersemangat waja utk mengharungi kehidupan yg serba mencabar di poli nie ;) selamat mengajar di semester baru lan ;)

Tentang blog

Blog ini sebahagian daripada kisah hidupku untuk dikongsi bersama sahabat-sahabatku. Semoga dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan kita :-)

time

solat time


Waktu Solat

Followers

map