Mm...ini adalah posting ku yang kedua. Akhirnya polemik PPSMI berakhir. Walau apa pun pendapat yang diberikan, penguasaan bahasa Inggeris tidak dinafikan amat penting pada masa kini. Semua pihak bersetuju dengan kenyataan ini. Sewaktu aku di sekolah menengah dulu, aku masih ingat betapa aku perlu menulis journal pada setiap minggu. Aku juga perlu menghabiskan buku cerita inggeris setiap dua minggu. Selain itu, aku dibawa masuk ke makmal bahasa untuk menonton filem terbaru dan selesai menonton kami diminta membuat rumusan cerita tersebut.
Aku pasti pada masa sekarang kaedah pengajaran bahasa inggeris semakin dipelbagaikan. Pelajar masa sekarang amat beruntung kerana kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Bagiku, segala usaha kerajaan ini mencukupi, yang tinggal kini samada kita benar-benar berminat memajukan diri kita. Penguasaan bahasa memerlukan penguasaan dari segi tatabahasa dan penguasaan kota kata. "Sesiapa yang menguasai bahasa sesuatu kaum maka dia tidak akan terpedaya dengan muslihat kaum tersebut".
Posted by
ixora
1 comments:
betul tu lan.. pakcik sokong :) kita x boleh abaikan terus bahasa inggeris ni.. kita masih kena mantopkan jugak supaya bangsa kita setanding dgn bangsa2 lain di seantero dunia :)
Post a Comment