Semester ini merupakan semester kedua aku mengajar subjek 3D programming. Aku mengaku pada mulanya timbul banyak kesukaran semasa mula-mula mengajar subjek ini. Namun bantuan yang diberikan rakan-rakan dan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar memberiku semangat baru..Yelah..aku bermula dari 'zero' sewaktu mula-mula menggunakan unity 3d..
Bila melihat tutorial di internet rupa-rupanya unity 3D boleh digunakan dalam augmented reality..aku tidaklah faham sangat apa itu augmented reality tetapi setakat pembacaanku yang tidak seberapa ini, manfaatnya amatlah banyak. Terdapat juga kegunaan augmented reality dalam pendidikan..
Berbalik kepada pengalamanku, aku kini bertambah yakin sewaktu menggunakan perisian ini. Pelajar-pelajarku juga menunjukkan minat yang tinggi sewaktu kelas dijalankan..Harapanku semoga apa yang diperolehi di kelas dapat digunakan sewaktu projek akhir pelajar..

Tentang blog

Blog ini sebahagian daripada kisah hidupku untuk dikongsi bersama sahabat-sahabatku. Semoga dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan kita :-)

time

solat time


Waktu Solat

Followers

map