Bila bercakap tentang tempat menarik, aku sememangnya suka melancong sejak dulu lagi. Setakat ini, nak kata banyak tempat aku dah kunjungi tu, taklah banyak sangat. Maklumlah tempat menarik di negara kita banyak dan bertambah. Jika ada kesempatan, aku harap aku dapat mengunjungi tempat-tempat tersebut. Buat masa sekarang, bila ada je rancangan di TV berkaitan tempat pelancongan di Malaysia, aku pasti nak tengok. Setakat ni aku pernah pergi Langkawi, Bukit Merah, etc dan setiap tempat tersebut mempunyai tarikannya tersendiri. Bila berkunjung ke tempat tersebut, secara tidak langsung kita dapat melihat budaya tempat tersebut.
Tempat yang aku harap aku dapat kunjungi dalam masa terdekat ni ialah Genting/Cameron Highland. Aku belum sampai ke tempat tersebut setakat ini. Namun aku selalu surfing untuk mengetahui keistimewaan tempat tersebut. Selain tanah tinggi, tempat lain yang aku berminat untuk kunjungi dalam masa terdekat ini adalah tempat air panas. Tak kisahlah mana-mana pun tapi aku tertarik dengan air panas Sungkai. Mungkin disebabkan tak jauh dari tempat aku sekarang ataupun mungkin disebabkan kemudahan yang ada di situ.
Mm...ini adalah posting ku yang kedua. Akhirnya polemik PPSMI berakhir. Walau apa pun pendapat yang diberikan, penguasaan bahasa Inggeris tidak dinafikan amat penting pada masa kini. Semua pihak bersetuju dengan kenyataan ini. Sewaktu aku di sekolah menengah dulu, aku masih ingat betapa aku perlu menulis journal pada setiap minggu. Aku juga perlu menghabiskan buku cerita inggeris setiap dua minggu. Selain itu, aku dibawa masuk ke makmal bahasa untuk menonton filem terbaru dan selesai menonton kami diminta membuat rumusan cerita tersebut.
Aku pasti pada masa sekarang kaedah pengajaran bahasa inggeris semakin dipelbagaikan. Pelajar masa sekarang amat beruntung kerana kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Bagiku, segala usaha kerajaan ini mencukupi, yang tinggal kini samada kita benar-benar berminat memajukan diri kita. Penguasaan bahasa memerlukan penguasaan dari segi tatabahasa dan penguasaan kota kata. "Sesiapa yang menguasai bahasa sesuatu kaum maka dia tidak akan terpedaya dengan muslihat kaum tersebut".