Semester ini merupakan semester kedua aku mengajar subjek 3D programming. Aku mengaku pada mulanya timbul banyak kesukaran semasa mula-mula mengajar subjek ini. Namun bantuan yang diberikan rakan-rakan dan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar memberiku semangat baru..Yelah..aku bermula dari 'zero' sewaktu mula-mula menggunakan unity 3d..
Bila melihat tutorial di internet rupa-rupanya unity 3D boleh digunakan dalam augmented reality..aku tidaklah faham sangat apa itu augmented reality tetapi setakat pembacaanku yang tidak seberapa ini, manfaatnya amatlah banyak. Terdapat juga kegunaan augmented reality dalam pendidikan..
Berbalik kepada pengalamanku, aku kini bertambah yakin sewaktu menggunakan perisian ini. Pelajar-pelajarku juga menunjukkan minat yang tinggi sewaktu kelas dijalankan..Harapanku semoga apa yang diperolehi di kelas dapat digunakan sewaktu projek akhir pelajar..

Lama sudah aku tak menulis dalam blog sendiri...mungkin disebabkan sibuk kerja atau aku dah berubah minat kepada yang lain macam facebook. Dulu aku x de la buka facebook tu kerap sangat...tapi kini boleh katakan dalam seminggu ade 2/3 hari je yang aku tak buka...tu pun sebab kelas penuh..Sem ni aku mengajar web programming...aku minat subjek ni and aku pun tengah belajar sikit-sikit...

Dalam sebulan dua ni gak banyak benda dah berlaku....perasaan aku kini tak seperti dulu...banyak masalah berlaku namun aku pasrah dan percaya Allah akan membantu hambanya yang kerdil dan daif ini. Mungkin ini balasan daripada kesilapanku kepada insan lain yang mungkin aku sedari atau tidak sedari...

Ah...tensionnya....itulah ungkapan aku bila melihat pen driveku dimasuki virus..Virus ini menyebabkan kesemua folder dalam pen driveku 'hidden'. Setelah melayari internet barulah aku mendapat penyelesaiannya iaitu menggunakan usbshow. Software ini aku jumpa secara tak sengaja setelah surf internet...Rupa-rupanya banyak virus yang tak disangka-sangka boleh wujud...Mungkin lepas ni kena jaga-jaga sikit...apapun syukur padaNya.

hari raya datang lagi dan saban tahun kita menyambutnya..umat islam yang berkemampuan akan melaksanakan ibadat korban ikhlas semata-mata kerana Nya. Namun pernahkan kita terfikir erti sebenar korban ini.. Sejauh manakah pengorbanan yang telah kita lakukan selama ini...Pernahkah kita berkorban? Adakah kita selau mengharapkan pengorbanan orang lain tanpa kita terlebih dahulu melakukan pengorbanan? tepuk dada tanyalah hati..

apapun hari raya korban sepatutnya disambut dengan penuh keinsafan..

Bila bercakap tentang tempat menarik, aku sememangnya suka melancong sejak dulu lagi. Setakat ini, nak kata banyak tempat aku dah kunjungi tu, taklah banyak sangat. Maklumlah tempat menarik di negara kita banyak dan bertambah. Jika ada kesempatan, aku harap aku dapat mengunjungi tempat-tempat tersebut. Buat masa sekarang, bila ada je rancangan di TV berkaitan tempat pelancongan di Malaysia, aku pasti nak tengok. Setakat ni aku pernah pergi Langkawi, Bukit Merah, etc dan setiap tempat tersebut mempunyai tarikannya tersendiri. Bila berkunjung ke tempat tersebut, secara tidak langsung kita dapat melihat budaya tempat tersebut.
Tempat yang aku harap aku dapat kunjungi dalam masa terdekat ni ialah Genting/Cameron Highland. Aku belum sampai ke tempat tersebut setakat ini. Namun aku selalu surfing untuk mengetahui keistimewaan tempat tersebut. Selain tanah tinggi, tempat lain yang aku berminat untuk kunjungi dalam masa terdekat ini adalah tempat air panas. Tak kisahlah mana-mana pun tapi aku tertarik dengan air panas Sungkai. Mungkin disebabkan tak jauh dari tempat aku sekarang ataupun mungkin disebabkan kemudahan yang ada di situ.

Mm...ini adalah posting ku yang kedua. Akhirnya polemik PPSMI berakhir. Walau apa pun pendapat yang diberikan, penguasaan bahasa Inggeris tidak dinafikan amat penting pada masa kini. Semua pihak bersetuju dengan kenyataan ini. Sewaktu aku di sekolah menengah dulu, aku masih ingat betapa aku perlu menulis journal pada setiap minggu. Aku juga perlu menghabiskan buku cerita inggeris setiap dua minggu. Selain itu, aku dibawa masuk ke makmal bahasa untuk menonton filem terbaru dan selesai menonton kami diminta membuat rumusan cerita tersebut.

Aku pasti pada masa sekarang kaedah pengajaran bahasa inggeris semakin dipelbagaikan. Pelajar masa sekarang amat beruntung kerana kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Bagiku, segala usaha kerajaan ini mencukupi, yang tinggal kini samada kita benar-benar berminat memajukan diri kita. Penguasaan bahasa memerlukan penguasaan dari segi tatabahasa dan penguasaan kota kata. "Sesiapa yang menguasai bahasa sesuatu kaum maka dia tidak akan terpedaya dengan muslihat kaum tersebut".

Minggu ni bermulalah kemeriahan kat poli ni...maklumlah budak-budak baru masuk...Aku terlibat gak secara langsung. Kemeriahan ni sebenarnya bermula lama sebelum tu lagi... Kerja aku memerlukan aku membuat persediaan sebelum pendaftaran budak baru..Banyak gak masa aku spend tapi tak ape...Aku suka sangat kerja aku sekarang.. Walaupun letih tapi yang penting aku hepi. Bukannya aku tak pernah experience tugas sampingan lain tapi entahlah.. mungkin jiwa aku lebih kepada kerja ni.. Mungkin suatu hari nanti aku tak pegang lagi jawatan ini. Harap-harap bila time tu tiba aku dah bersedia...
Apapun sepanjang pemerhatian aku, proses pendaftaran kali ni bolehlah dikatakan baik. Maklumlah kali ni poli ambil student seramai 1218 orang( setakat hari ni). Mungkin ada sedikit kekurangan tapi aku fikir kekurangan ni dapat diatasi pada masa-masa akan datang. Minggu depan akan bermulalah kelas bagi semua budak-budak baru...
Pendaftaran ini tidak berakhir minggu ni kerana minggu depan akan ada lagi student baru mendaftar. Ini tak termasuk lagi student yang akan berhenti pengajian atas apa jua alasan. Walau apaun harapan aku cuma satu..melihat student-student baru ini berjaya sebaik mungkin sepanjang berada di sini. Di bahu mereka terletak harapan yang tinggi untuk meneruskan kesinambungan perjuangan bangsa dan negara.

Tentang blog

Blog ini sebahagian daripada kisah hidupku untuk dikongsi bersama sahabat-sahabatku. Semoga dengan adanya blog ini sedikit sebanyak dapat merapatkan hubungan kita :-)

time

solat time


Waktu Solat

Followers

map